Wednesday 30 April 2014

Telaga Barahuth / Burhuth

Hadits Nabawi :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء برهوت بقية حضرموت كرجل الجراد من الهوام، يصبح يتدفق، ويمسي لا بلال بها.
Dari Ibnu Abbas rhma, Rasulullah saw bersabda, air terbaik diatas bumi adalah air zamzam padanya makanan dari sumber makanan dan padanya penyembuh dari penyakit. Seburuk buruk air diatas bumi adalah air lembah barahut dekat kubah hadramaut seperti kaki belalang dari spesis serangga membuak pada waktu pagi dan petang tanpa basah.
( attabari )

Kata alhaitsami rijalnya tsiqah
Sahih menurut ibnu hibban
Berkata hafiz ibnu hajar seluruh perawinya tsiqah.
Albany mengatakan hadits hasan.
Sebahagian lain masih diperselisihkan.

Di dalam mu'jam albuldan Barahuth adalah nama satu wadi di Yaman tempat untuk diletakkan didalamnya roh orang kafir. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Barhuth terletak di hadramaut.

Dari Assuyuthi bahawa dari Ali bin Abi Tholib ra berkata : sebaik baik wadi adalah makkah dan seburuk buruk lembah adalah wadi ahqaf wadi hadramaut. Yang dipanggil barahuth Di dalamnya terdapat roh orang orang kafir.

Ini adalah diantara beberapa keterangan ringkas yang sahih mengenai telaga barhuth di Yaman. Sementara keterangan lain tentang telaga tersebut seperti terdapat kisah masyhur memanggil dan menyeru roh manusia tiada dalil dan keterangan sahih dari alquran dan assunah melainkan ianya hanya merupakan pengalaman peribadi manusia semata.

Dalam menyingkap kisah masyhur seorang lelaki yang pergi ke telaga barhut lalu menyeru roh yang menjaga amanahnya terdapat beberapa kemusykilan yang memerlukan penelitian.

1) Dari Abdullah bin Masud ra ketika dia bersama dengan Nabi saw beberapa orang yahudi melewati mereka berdua. Lalu orang yahudi tersebut bertanya kepada Nabi tentang ruh. Baginda terdiam dan tidak menjawab sedikit pun. Kemudian ketika turunnya wahyu maka baginda bersabda :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah al isra' 85
( bukhari muslim )

Ayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa ilmu berkaitan ruh merupakan "من امر ربي" dari urusan tuhan yakni Allah swt bukan dari urusan makhluk. Ini membawa petunjuk bahawa apa pun perbincangan dan dakwaan berkaitan ruh seharusnya berdasarkan wahyu Allah swt atau bersumber dari hadits nabi saw. Tetapi sekiranya dakwaan berkaitan ruh tidak mengambil dari dua sumber tersebut maka apakah mungkin boleh disahihkan?

2) Dalam riwayat hadits lain lebih banyak menyatakan bahawa telaga barhut adalah penempatan roh untuk orang kafir. Begitu juga pada atsar sahabat Ali bin Abi Tholib dan Ibnu Abbas rhm. Walaupun begitu masih terdapat keterangan lain tentang roh orang munafiq juga ditempatkan ditelaga barahuth.
Lalu apakah kesalahan lelaki yang dikatakan tidak membantu saudaranya yang susah menjadi faktor dia menjadi kafir sehingga ditempatkan di telaga barahut. Ini memerlukan penelitian ilmiah dari sudut keterangan alquran dan hadits.

3) Berkata Abdullah bin Abbas rhma : Tidak ada pendapat seseorang yang boleh diambil dan boleh ditinggalkan melainkan pendapat Nabi saw. ( bukhari muslim )

Penjelasan Ibn Abbas rhm membolehkan kesimpulan dibuat iaitu selain pendapat Rasulullah saw seseorang boleh sahaja menerima ataupun menolak sesuatu pendapat. Apatah lagi pendapat yang tidak bersumber dari ilmu wahyu pencipta roh dan jasad seluruh makhluk. Lalu terpulang kepada kaum muslimin samada mahu menerima ataupun menolak kisah memanggil ruh ditelaga barahuth.

والله اعلم



- via FB :
ابو تقي الدين ﺣﺴﻦ -

No comments:

Post a Comment