Wednesday 30 July 2014

Dunia Realiti vs. Dunia Fantasi

Seseorang bertanya kepadaku :

"Jika yang kita lalui ini bukan kehidupan, lalu apakah ia ?"

Maka aku dengan pantasnya menjawab :

"Ya, ini kehidupan. Namun, ini hanya kehidupan fantasi kita. Bukan dunia realiti."

Dia berkata :

"Mengapa begitu? Lihat tapak kaki kita, bertapak di dunia kan? Kalau dihempuk kepala ni, rasa sakitkan? itu dinamakan dunia realiti."

Aku tersenyum, lalu berkata :

"Ya, itu kehidupan realiti, Bertapak di dunia, merasa kesakitan dan kebahagiaan serta lain-lain. Kehidupan fantasi itu adalah cara kehidupan yang kita jalani sekarang ini. Ikhtilat tak jaga, aurat tak tutup, berpacaran tanpa nikah, mengamalkan judi, riba dan melazimkan khamr (arak). Lisan kita juga tak kurang hebatnya, mengumpat, mencaci dan memfitnah selalu menjadi isi perbicaraan. Inilah yang dinamakan dunia fantasi. Adapun dunia realiti adalah seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Perintah Allah dan penerangan nas-nas Al-Quran oleh Nabi Muhammad SAW dan sunnah-sunnah lainnya itulah yang dinamakan kehidupan realiti. Cuba lihat, berapa ramai yang masih tidur dalam dunia angan-angannya dan tidak menyedari realiti bahawa kita akan dihisab suatu hari nanti dan sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih ?"


kisah ringkas ini adalah perbualan di antara hati dan minda ku :)

Tuesday 13 May 2014

CINTA

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.


via : Dr.MAZA

Tangisan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Ummati!, Ummati!” أمتي! أمتي!.



Nabi saw sentiasa mendahului masalah umat melebihi diri Baginda sendiri  (al-ithaar - الإيثار   ).
Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah swt serta merta .   Maka setiap nabi telah berdoa semasa di dunia. Namun, Nabi saw telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat kelak bagi menyelesaikan masalah umatnya.

عبد الله بن عمرو المحدث: أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ تلا قولَ اللهِ عزَّ وجلَّ في إبراهيمَ:
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [إبراهيم: 36] الآية
 وقال عيسى عليه السلام : (إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم)[المائدة: 118]
فرفعَ يديهِ وقال اللهمَّ! أُمَّتي! أُمَّتي! وبكى.
فقال اللهُ عزَّ وجلَّ: يا جبريلُ! اذهب إلى محمدٍ، - وربُّكَ أعلمُ -، فسَلهُ ما يُبكيكَ؟
 فأتاهُ جبريلُ عليهِ الصلاةُ والسلامُ فسَألهُ. فأخبرهُ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بما قالَ. وهو أعلمُ.
فقال اللهُ: يا جبريلُ! اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ: إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُكَ. رواه مسلم رقم: 202.  

Abdullah bin ‘Amru ra meriwayatkan bahawa:
 Rasulullah SAW telah membaca ayat al-Quran tentang Nabi Ibrahim yang bermaksud:
{Wahai Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Ibrahim: 36]

 Baginda kemudian membaca ayat tentang Nabi Isa yang telah berkata:
{Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [al-Maidah:118]

Baginda kemudian mengangkat kedua tangannya sambil berkata: “Wahai Tuhanku, Umatku! Umatku!” Sambil menangis. 

Allah swt pun berfirman: “Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad, beritahu kepadanya: Kami akan berikan apa yang engkau redhai dengan umat-mu dan kami tidak akan menyusahkan-mu.” [HR: Muslim]

Lihat video dihttp://youtu.be/tFu7sHbyDzc

Perhatian: Adapun riwayat yang menyebut Nabi SAW berdoa dengan “Ummati!” ketika Baginda hampir wafat adalah hadis yang tidak sahih.
Lihat Penjelasan di: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=421493534615354&set=a.200059786758731.41200.195471310550912&type=1&theater

Peristiwa Wafat Rasulullah SAW boleh dibaca di:http://www.saaid.net/Doat/mongiz/3.htm

Khutbah AAM: Sejarah Kewafatan Nabi SAWhttp://youtu.be/i4XqLzxPfCs

1-Wafatnya Nabi SAW merupakan musibah yang besar bagi umat ini. 
2- Ucapan akhir Baginda ialah "Allahumma ar-Rafiiq al-A'la"   (اللهم الرفيق الأعلى)   . Bukan "ummati".
3- Baginda Wafat di atas pangkuan Sayyidah 'Aisyah, bukan Fatimah r.ah. 
*Semak fakta, jangan sebarkan cerita palsu...

Sila baca penjelasan JAKIM:
Dakwaan Kisah Nabi S.A.W Menyebut ‘Ummati, Ummati..” Ketika Hampir Wafathttp://www.e-fatwa.gov.my/blog/dakwaan-kisah-nabi-saw-menyebut-ummati-ummati-ketika-hampir-wafat

[AAM, 18 Syawal 1434H]

via : Dr. Abu Anas Madani

Wednesday 30 April 2014

Telaga Barahuth / Burhuth

Hadits Nabawi :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء برهوت بقية حضرموت كرجل الجراد من الهوام، يصبح يتدفق، ويمسي لا بلال بها.
Dari Ibnu Abbas rhma, Rasulullah saw bersabda, air terbaik diatas bumi adalah air zamzam padanya makanan dari sumber makanan dan padanya penyembuh dari penyakit. Seburuk buruk air diatas bumi adalah air lembah barahut dekat kubah hadramaut seperti kaki belalang dari spesis serangga membuak pada waktu pagi dan petang tanpa basah.
( attabari )

Kata alhaitsami rijalnya tsiqah
Sahih menurut ibnu hibban
Berkata hafiz ibnu hajar seluruh perawinya tsiqah.
Albany mengatakan hadits hasan.
Sebahagian lain masih diperselisihkan.

Di dalam mu'jam albuldan Barahuth adalah nama satu wadi di Yaman tempat untuk diletakkan didalamnya roh orang kafir. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Barhuth terletak di hadramaut.

Dari Assuyuthi bahawa dari Ali bin Abi Tholib ra berkata : sebaik baik wadi adalah makkah dan seburuk buruk lembah adalah wadi ahqaf wadi hadramaut. Yang dipanggil barahuth Di dalamnya terdapat roh orang orang kafir.

Ini adalah diantara beberapa keterangan ringkas yang sahih mengenai telaga barhuth di Yaman. Sementara keterangan lain tentang telaga tersebut seperti terdapat kisah masyhur memanggil dan menyeru roh manusia tiada dalil dan keterangan sahih dari alquran dan assunah melainkan ianya hanya merupakan pengalaman peribadi manusia semata.

Dalam menyingkap kisah masyhur seorang lelaki yang pergi ke telaga barhut lalu menyeru roh yang menjaga amanahnya terdapat beberapa kemusykilan yang memerlukan penelitian.

1) Dari Abdullah bin Masud ra ketika dia bersama dengan Nabi saw beberapa orang yahudi melewati mereka berdua. Lalu orang yahudi tersebut bertanya kepada Nabi tentang ruh. Baginda terdiam dan tidak menjawab sedikit pun. Kemudian ketika turunnya wahyu maka baginda bersabda :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah al isra' 85
( bukhari muslim )

Ayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa ilmu berkaitan ruh merupakan "من امر ربي" dari urusan tuhan yakni Allah swt bukan dari urusan makhluk. Ini membawa petunjuk bahawa apa pun perbincangan dan dakwaan berkaitan ruh seharusnya berdasarkan wahyu Allah swt atau bersumber dari hadits nabi saw. Tetapi sekiranya dakwaan berkaitan ruh tidak mengambil dari dua sumber tersebut maka apakah mungkin boleh disahihkan?

2) Dalam riwayat hadits lain lebih banyak menyatakan bahawa telaga barhut adalah penempatan roh untuk orang kafir. Begitu juga pada atsar sahabat Ali bin Abi Tholib dan Ibnu Abbas rhm. Walaupun begitu masih terdapat keterangan lain tentang roh orang munafiq juga ditempatkan ditelaga barahuth.
Lalu apakah kesalahan lelaki yang dikatakan tidak membantu saudaranya yang susah menjadi faktor dia menjadi kafir sehingga ditempatkan di telaga barahut. Ini memerlukan penelitian ilmiah dari sudut keterangan alquran dan hadits.

3) Berkata Abdullah bin Abbas rhma : Tidak ada pendapat seseorang yang boleh diambil dan boleh ditinggalkan melainkan pendapat Nabi saw. ( bukhari muslim )

Penjelasan Ibn Abbas rhm membolehkan kesimpulan dibuat iaitu selain pendapat Rasulullah saw seseorang boleh sahaja menerima ataupun menolak sesuatu pendapat. Apatah lagi pendapat yang tidak bersumber dari ilmu wahyu pencipta roh dan jasad seluruh makhluk. Lalu terpulang kepada kaum muslimin samada mahu menerima ataupun menolak kisah memanggil ruh ditelaga barahuth.

والله اعلم



- via FB :
ابو تقي الدين ﺣﺴﻦ -


Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata :

"Semua bid'ah sesat walaupun seluruh manusia menganggapnya baik."

[Diriwayatkan oleh al Laalikaai (no 126), Ibnu Baththah (205), al Baihaqi dalam kitab al Madkhal Ilas Sunan (191), Ibnu Nashr dalam kitab as Sunnah (no 70)].

Ucapan Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma ini menjadi peringatan bagi siapa saja, bahawa jumlah bukan ukuran kebenaran. 

al Fadhl bin Iyadh rahimahullah, ia berkata :

˜Janganlah merasa asing dengan jalan hidayah kerana sedikitnya orang yang melaluinya. Dan jangan pula terpedaya dengan banyaknya orang-orang yang sesat binasa."
[ Ucapan ini dinukil oleh adz Dzahabi dalam kitab Tasyabbuhil Khasis, halaman 33]

banyak ayat yang menjelaskan, jumlah yang banyak sering kali memperdaya manusia. Diantaranya adalah firman Allah :

َإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah". [Al An'am : 116].

قُلْ لا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan".
[Al Maidah : 100].

Allah Azza wa Jalla telah menegaskan, bahawa manusia yang menentang itu memang lebih banyak jumlahnya :

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

"Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya". [Yusuf:103].

Ibnu Qayyim al Jauziyah rahimahullah berkata di dalam kitab Ighatsatul Lahfaan min Mashaayidis Syaithaan, hlm. 132-135 :
"Orang yang mempunyai bashirah dan kejujuran, tidaklah merasa asing kerana sedikitnya pendukung dan kerana kehilangan dukungan. Apabila hatinya merasa telah menyertai generasi awal yang telah Allah beri nikmat atas mereka dari kalangan nabi, para shiddiqin, para syuhada' dan orang-orang sholeh, sungguh mereka adalah sebaik-baik penyerta. Keterasingan seorang hamba dalam perjalanannya menuju Allah merupakan bukti ketulusan niatnya".

sungguh baik apa yang dikatakan oleh Abu Muhammad Abdurrahman bin Ismail Abu Syaamah dalam bukunya al Hawaadits wal Bida' :

"Perintah untuk melazimi jama'ah, maksudnya ialah melazimi kebenaran dan mengikutinya walaupun yang mengikutinya sedikit dan yang menyelisihinya banyak jumlahnya. kerana kebenaran itu ialah yang dipegang oleh jama'ah pertama dari zaman Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau. Jadi, janganlah engkau melihat banyaknya pelaku bid'ah sesudah mereka".

Nu'aim bin Hammad berkata :
"Yakni apabila jama'ah manusia sudah rosak, maka hendaklah engkau mengikuti jama'ah awal sebelum rosak, walaupun engkau seorang diri. kerana engkaulah jama'ah di kala itu".

sepertimana Imam al Auzaa'i rahimahullah berkata :
"Hendaklah engkau mengikuti jejak Salaf, walaupun manusia menolakmu. Dan tinggalkanlah pendapat manusia, walaupun mereka menghiasinya dengan kata-kata manis".

Demikianlah keadaannya, seperti yang digambarkan oleh al Hasan al Bashri :
"Sesungguhnya Ahlu Sunnah adalah yang minoriti jumlahnya pada masa awalnya dan pada masa yang akan datang".

seperti itulah keadaan yang dialami oleh al Imam asy Syatibi rahimahullah dalam menghadapi orang-orang pada zamannya. Beliau menceritakan keadaan pada zamannya :
"Aku dihadapkan kepada dua pilihan. Aku tetap mengikuti sunnah tetapi menyelisihi adat kebiasan manusia. Maka aku pasti mengalami apa yang dialami oleh siapa saja yang menyelisihi adat kebiasaan. Apalagi mereka menganggap adat yang mereka lakukan itu adalah sunnah. Jelas, hal itu merupakan beban yang berat, namun di dalamnya tersedia pahala yang besar. Atau aku mengikuti adat kebiasaan mereka tetapi menyelisihi sunnah dan Salafush Shalih. Maka akupun dimasukkan ke dalam golongan orang-orang sesat, wal iyadzu billah.
Hanya saja, aku dipandang telah mengikuti adat, dipandang sejalan dan bukan orang yang menyelisihi. Maka aku lihat, bahawa hancur kerana mengikuti sunnah adalah jalan keselamatan. Sesungguhnya manusia itu tidak ada gunanya bagiku nanti di hadapan Allah".

lihatlah wasiat Sufyan ats Tsauri rahimahullah berikut ini :
"Tempuhlah jalan kebenaran dan janganlah merasa asing kerana sedikitnya orang-orang yang melaluinya sehingga membuatmu ragu-ragu".

bukankah ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengabarkan tentang perpecahan umat ini menjadi tujuh puluh tiga golongan yang selamat darinya cuma satu golongan saja ?
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً

"Umat Yahudi terpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan. Umat Nasrani terpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan umat ini akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan".
[ Hadits riwayat Ahmad dalam Musnad-nya (II/332), Abu Dawud dalam Sunan-nya (V/4) dalam kitab as Sunnah hadits no 4596. Lafazh di atas adalah riwayat Abu Dawud, at Tirmidzi dalam Jami'-nya (IV/134-135) dalam Abwaabul Imaan, hadits no 2778, beliau berkata: “Hadits hasan shahih”. Ibnu Majah dalam Sunan-nya (II/1321) dalam kitab al Fitan hadits no 3991 secara ringkas]

Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan satu golongan yang selamat itu:

كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

"Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, yaitu al Jama'ah"
[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan-nya (II/1322) dalam kitab al Fitan, hadits no 3993, dalam az Zawaa-id dikatakan: "Sanadnya shahih dan perawinya tsiqah"]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Ummatku akan terpecah belah menjadi 73 golongan, semuanya masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan.

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya :

“Siapa dia wahai Rasulullah?”

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab :

“(golongan) yang berada di atas apa yang aku dan para shahabatku berada (di atasnya).”
(HR. At-Tirmidzi dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash).

Berkata ‘Abdullah bin Mas’ud tentang Al-Jama’ah :

الْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَإِنْ كُنْتَ وَحْدَك

“Al-Jama’ah adalah apa yang mengikuti kebenaran walaupun engkau sendiri”.

Berkata Abu Syamah dalam Al-Ba’its hal.22 :
“Dan apabila datang perintah untuk komitmen terhadap Al-Jama’ah, maka yang diinginkan adalah komitmen terhadap kebenaran dan pengikut kebenaran tersebut walaupun yang komitmen terhadapnya sedikit dan yang menyelisihinya banyak orang. kerana kebenaran adalah apa-apa yang jama’ah pertama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya berada di atasnya dan tidaklah dilihat kepada banyaknya ahlul bathil setelah mereka.”
Lihat : Al-I’tishom 2/767-776 tahqiq Salim Al-Hilaly, Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Wa Manhaj Al-Asy’ariyah Fi Tauhidillah 1/20-23, Mauqif Ahlis Sunnah Wal Jama’ah 1/49-54, Mauqif Ibnu Taimiyah Minal Asy’ariyah 1/26-32.

Itulah makna dari sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam :

إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

"Sesungguhnya Islam itu awalnya asing, kemudian akan kembali menjadi asing seperti awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang dianggap asing".

p/s : janganlah terpukau dengan banyaknya bid'ah dan para pelakunya. jangan pulak merasa asing dalam mengamalkan Sunnah kerana sedikitnya jumlah orang orang yang mengamalkannya, yang menjadi ukuran adalah hujjah dan dalil al Qur`an dan as Sunnah menurut pemahaman Salaf..



- via FB : Ibn Mujahid -

Wednesday 23 October 2013

Tingkatan ilmu pada seseorang ada enam tingkatan :

Pertama : Al-Ilmu yakni mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan yang sebenarnya dengan pengetahuan yang pasti.

Kedua : Al-Jahlul Basith yakni tidak mengetahui sesuatu sama sekali

Ketiga : Al-Jahlul Mukarrab yakni mengetahui sesuatu tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Disebut mukarrab kerana pada yang tersebut ada dua kebodohan sekaligus, iaitu bodoh kerana tidak mengetahui yang sebenarnya dan bodoh kerana beranggapan bahwa dirinya tahu padahal sebenarnya ia tidak tahu.

Keempat : Al-Wahm yakni mengetahui sesuatu dengan kemungkinan salah lebih besar daripada benarnya.

Kelima : Asy-Syakk yakni mengetahui sesuatu yang kemungkinan benar atau salahnya sama.

Keenam : Azh-Zhann yakni mengetahui sesuatu yang kemungkinan benarnya lebih besar daripada salahnya.

Sumber: Menuntut Ilmu, Jalan Menuju Surga