Saturday 17 August 2013

sajak : KU TITIPKAN SUATU KATA (SOLIDARITI KE ATAS RAKYAT MESIR)




Ku titipkan suatu kata ,
Setiap yang muslim itu bersaudara ,
Bukan kalam tapi hakikat dunia ,
Hanya perlu yakin pada Azza Wa Jalla ..

Ku titipkan suatu kata ,
Rakyat di negeriku penuh hilai tawa ,
Sedang di Timur Tengah airmata membanjiri bumi ,
Syahid atas nama Islam Ad-dinul Haq ..

Ku titipkan suatu kata ,
Wahai rakyat negeriku ,
Banggakah kamu melihat saudaramu mati di sana ?
Memperjuangkan Islam yang kita anuti ?
Sedang kau di sini menunggu bahagia yang tak pasti ..

Ku titipkan suatu kata ,
Wahai rakyat negeriku ,
Bilakah mata hatimu kau buka untuk persaudaraan kita bersama mereka ?
Kau caci herdik maki Fatah al-Sisi ,
Kau hina dinakan pemimpin Amerika Syarikat Laknatullah ,
Namun setelah itu kau berhenti ,
Cukup perjuangan setakat di hujung bibir ,
Tanpa hati tekad mempertahankan agama yang kau anuti ..

Ku titipkan suatu kata ,
Wahai rakyat negeriku ,
Sedarlah bahawa kita semua adalah saudara ,
Bermula dari Nabi Adam a.s hingga Nabi Junjungan SAW ,
Pabila peha kiri orang kuffar cubitkan ,
Peha kananmu turut merasa pedihnya ,
Namun realiti hidupmu kini berlainan ,
Kau ibarat enau di hujung belukar ,
Melupakan tanggungjawabmu sebagai seorang muslim ..

Ku titipkan suatu kata ,
Wahai rakyat negeriku ,
Sedarlah ,
Bangkitlah ,
Kau permata agama yang menyinari bumi ,
Kau ibarat setitis hujan yang berharga buat seisi alam ,
Tanpa kau sedari ,
Kaulah syabab dan mawar agama ,
Mampu menggoncangkan dunia dan seisinya ,
Jika langkahmu Islam yang sempurna !

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !


No comments:

Post a Comment